Home | About Me | Gallery | Package | Contact Me  
 
CHAT ROOM

ShoutMix chat widget
 
Photographer

MOZABAS
RAZAK LATIFF

AIZUDDIN@SHUJI
APIS@GAMBARLAWA.COM

RAFI
RUZAIMI

SYDEEN
ISMAIL SAID@MORELEXS
EPILOGUE CREATION
JAS@WARNAMATA
AZRAI@SELAMBAKODOK
TOK MIE

 

 
Hit Counter
 
Link

:: Night Outing at Jonker Street



Berkumpul di kedai baru Khalid.



Mozabas dengan blue printnya.





Rasanya sayalah yang paling lewat postkan gambar outing ni heheh.
Rancangan asal dari Khalid ini berjaya kami realisasikan pada hari tersebut. Sengaja tidak dihebahkan kerana modelnya sepasang saja.

Terima Kasih.

-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com

date : 3 March 2010

 

:: Majlis Pertunangan Nafsiah & Zulhelmi
(Tanjung Minyak, Melaka)

Dah lama saya simpan gambar majlis pertunangan Nafsiah dan Zulhelmi ni. Lambat sangat nak tunggu green light si Nafsiah...
Terima Kasih

-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com

date : 24 January 2010

 

:: Haidar dan Hairuz (Durian Tunggal, Melaka)

 

Alhamdulillah... doa semalam dimakbulkan. Dalam kesibukan menyiapkan album-album, sebelum stop untuk tidur pagi ni saya berjaya menyiapkan slideshow sekaligus update untuk Majlis Perkahwinan antara Haidar dan Hairuz. Boleh blackout pulak kawasan ni tadi, habis lari program. Dah lewat sangat ni... Memang tak sempat nak balik ke Muar... memang dah tak larat dah. Nampaknya malam ni tidur sorang-sorang kat Melaka tak dapat nak tgk Athirah kat sebelah. Tak dapat nak cium bau kepalanya yang lemak-lemak masam tu... rindunya.... Baru tadi emaknya call kata si kecik tu dah bangun ajak berkawan.

Sedikit tentang majlis Haidar dan Hairuz, majlis mereka berlangsung di kediaman keluarga Haidar yang terletak di atas bukit yang pemandangannya sungguh indah sekali. Dari atas bukit tersebut kita dapat lihat pemandangan sawah padi betul-betul macam dalam lukisan yang saya pernah lukis bila cikgu seni berikan tajuk pemandangan sawah bendang dulu.
Perjalanan majlis berjalan seperti biasa cuma masalah hujan sedikit menganggu kelancaran majlis. Sesi outdoor juga terpaksa dibatalkan memandangkan keadaan hujan yang semakin lebat.

Majlis kali ini saya dibantu oleh Syafik, 'newcomer' tapi menyengat jugak budak ni... Harap-harap tak serik tag saya lagi hehehe...

Terima Kasih.

-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com

date : 13 January 2010

 

:: Eida & Naza (Bukit Nangka, Alor Gajah)


Malam ni ada kesempatan untuk update blog sebelum bergerak balik ke Muar. Since workstation dan saya berpindah-randah macam orang nomad, ia juga dah jadi macam rakan baik saya... dah macam kembar pun heheh. Tapi bagus juga saya usung dia kesana-sini, coz macam mana sekali pun album masih bolah disiapkan paling tidakpun satu page sehari. Kesian pada client yang terpaksa menunggu. Semangat tahun baru masih kuat lagi, 'Passion' nak menghasilkan gambar yang cantik masih membara, idea pun alhamdulillah makin bertambah. Ditambah lagi dengan semangat 'bapa' yang baru dipikul 13 hari heheheh menjadikan ajinomoto untuk lebih kuat bekerja.

Memang seronok sepanjang shoot untuk majlis Eida dan Naza. Bonusnya, dapat pula kenalan videographer dari Singapore yang ramah dan sangat profesional semasa menjalankan tugas... "mereka sangat terurus". Saya teringat dengan beberapa pengalaman kawan-kawan photog yang berdepan dengan masalah tidak mendapat kerjasama dari videographer. Memang sukar bila berdepan dengan situasi sedemikian. Persefahaman dan kerjasama antara videographer dan photographer benar-benar menguntungkan kedua-dua pihak. Sebagai contoh, hasilnya D90 yang senang-senang mampu boost iso tinggi, dengan bantuan video light dari videographer, saya mampu menghasilkan banyak gambar-gambar menarik dengan kesan cahaya 'astonishing' seakan-akan 'ambient light'.

Outdoor session untuk pasangan ini turut disertai oleh rakan, adik dan sepupu Eida. Mereka memang best... suasana dan sesi photography itu sendiri amat menyeronokan. Berbanyak terima kasih kepada mereka.

Ianya juga merupakan job terakhir Azrai bersama saya sebelum dia pergi berhijrah ke Putrajaya. Untuk rekod, Azrai juga yang bertanggungjawab membantu semasa Majlis Wafa dan Farah di Sg. Buloh dan sesi outdoor mereka di A'Farmosa Resort. Dia yang bertanggungjawab memastikan saya mendapat cahaya secukupnya dari reflektor, cls flash mahupun video light. Memang susah nak dapatkan pembantu yang baik sekarang ni.. dan dia memang pembantu terbaik yang pernah membantu saya.

Saya harap Slideshow tersebut dapat mengubat rindu Eida sementara menunggu album siap. Dan hopefully esok saya boleh updatekan pula untuk majlis Haidar di Durian Tunggal. Ada beberapa part dalam slideshow yang tak siap lagi... moga-moga dipermudahkan langkah hamba mu ini...Amin...

Terima Kasih.

-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 12 January 2010

 

:: Wafa & Farah Outdoor Session


Memang lama tak dapat update photo blog ni. Maaf kalau ada yang kecewa bila masuk blog ini dan ianya tak dikemas-kini. Nak duduk depan komputer pun agak susah sejak dah ada baby ni. Tambahan lagi sekarang ni terpaksa stay sementara di rumah mertua di Muar. Ini bermakna terputus dengan internet juga buat sementara waktu. Workstation pun kena berpindah-randah dari Melaka ke Muar hehehe...

Setahun yang lepas saya dengar saja pengalaman kawan-kawan yang baru dapat baby. Bagaimana perit-getirnya nak edit gambar... dalam masa yang sama nak bantu isteri jaga baby... jaga isteri pantang lagi... nak update blog lagi... Pucuk pangkalnya time management jugak. Terpaksa jadualkan semula aktiviti buat sementara waktu ni. Kalau dulu start edit gambar dalam pukul 9-10 mlm... Sekarang ni pukul 8 mlm dah kena siap-siap on-kan komputer. Lunch time kat opis sekarang ni tak payah keluar makan coz time tu tidur rasanya lebih berbaloi... Selelap dalam masa sejam tu besar maknanya supaya terus gagah pada malam harinnya untuk edit dan jaga ragam anak.

Weekend ni ada free lari kejap balik rumah Melaka. Dapatlah update apa yang patut. Kepada para pengantin saya; Ieda dan Haida, saya sedang dalam usaha menyiapkan album-album anda. Selepas siap aja nanti saya akan terus hubungi anda.

Terima Kasih.

-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 11 January 2010


:: Majlis Perkahwinan Wafa dan Farah (Sungai Buloh)

Kami bertiga (Mozabas dan Azrai) selamat sampai di KL sekitar jam 2.00pm. Mula-mula kami singgah di rumah Azrai untuk hantar barang dan mandi. Cuaca agak membimbangkan. Hujan boleh turun bila-bila masa saja.
Betul... setibanya kami di Sungai Buloh, kami disambut dengan hujan yang sangat lebat. Tetapi Wafa bernasib baik kerana ketika dia tiba hujan telah pun reda.
Semuanya berjalan lancar sehinggalah ke hari majlis mereka di Dewan Meranti.
Walaubagaimanapun, sesi outdoor terpaksa ditunda kerana hujan yang sangat lebat petang itu.

Untuk pengetahuan, Wafa ni merupakan kawan lama saya semasa era "Kereta Hitam Fuji" dulu lagi heheh. Kisah kelakar dan pengembaraan dengan kereta hitam tu semuanya ada bersama Wafa. Dia tahu semua ceritanya. Wafa juga pernah join rock band kami dulu (LipasPencen). Tapi kini masing-masing dah berkeluarga dan ada komitment lain... so senyap sepilah. Kalau nak tau dari sinilah saya dapatkan nama LipasPencen tu. Sayang sangat nama tu sebab banyak carry cool & crazy moment saya semasa remaja dulu.

So you guy's yang dah lama tunggu blog ni tak update-update. This is for you. Teruskan sokongan dan minta bersabar because slideshow ni duration-nya 6min. Mungkin lambat sikit nak load tapi berbaloi... insyallah.

Akhir kata, kami semua mendoakan semoga jodoh Wafa & Farah berpanjangan ke anak cucu. Jumpa lagi majlis di Melaka nanti.

-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 22 November 2009

 

:: Esok Perjalanan ke Sungai Buloh

Pada hujung minggu ini saya, Mozabas dan Azrai akan berada di Sungai Buloh untuk satu tugasan. Terima kasih kepada mereka kerana sanggup membantu. Kebetulan mereka free... Besar pengorbananya ni.
Saya harap perjalanan dan tugasan kali ini sesuatu yang menyeronokkan sama seperti tugasan kami yang lepas-lepas.
Sampai sekarang saya masih tak tahu mana nak shoot outdoor...hehehe
Harap-harap esok dapat ilham...

-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 22 October 2009

:: Majlis Pertunangan Nurhamizah & Fairuz

Hari Raya tidak pernah menjadi penghalang untuk sesuatu majlis perkahwinan atau pertunangan berlangsung. Malah ianya dirasakan lebih meriah dan istimewa untuk diingati. Mana tidaknya... lemang dan ketupat turut menjadi sajian utama. Istimewanya...!
Pada majlis yang saya hadiri ini, majlis pertunangan disekalikan dengan sambutan rumah terbuka. Jadi... tidak hairanlah bila peratusan sanak saudara yang hadir adalah sangat tinggi. Gamat suasana tak usah nak dikira... letupan mercun di luar sama kuatnya dengan yang didalam rumah hehehe... Kerjasama dari pihak tuan rumah dan seluruhnnya banyak membantu dan memudahkan lagi proses pengambaran. Saya benar-benar enjoy sepanjang sesi fotografi berlangsung. Cuaca juga sangat cantik... clear blue sky. Petang itu saya terus ajak Miza keluar bergambar. Sedar-sedar dah menyarap-nyarap atas rumput karpet depan rumah padahal majlis tersebut hanyalah majlis bertunang (macam outdoor session pulak) heheh. Orang keliling dah mula ketawa coz photographernya pulak yang posing lebih-lebih... Ketawa-ketawa juga... lihat jam dah dekat pukul 5pm. Aisehmen... rumah terbuka dak Din lupa nak pergi. Cepat-cepat kemas barang, makan sikit ambil bahasa..then minta diri.
Enjoy the slideshow...
Thank you.

-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 10 October 2009

 

Go to page: 1 / Index

 
 

Segala maklumat dan gambar yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik sepenuhnya oleh LIPASDIGIPHOTO
webmaster www.lipaspencen.com